Sunday, April 20, 2008

Blog ku yang pertama...

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga diwujudkan blog ni, walaupun dah lama rancang, tapi faktor kesibukan (alasan biasa org malaysia...hehehe), nak menentukan hala tuju & objektif pengwujudan blog ini serta juga nak memikirkan tajuk & nama blog yang sesuai menjadikan usaha sedikit terbantut... Tujuan hanya satu, untuk berkongsi pengalaman, pendapat peribadi, maklumat dan pengetahuan yang sekelumit dan amat-amat berharap ia akan memberi manfaat kepada umum, khusus kepada mereka yang berminat serta ingin mengetahui dengan lanjut berkenaan perancangan perlindungan kewangan (ataupun dengan lebih mudahnya lebih dikenali sebagai "insuran"... alergik tak dengar?? hehehe ). Sekarang ni bagi memenuhi keperluan umat Islam, takaful diperkenalkan sebagai pilihan (secara amnya, konsep adalah sama dengan insuran, yang membezakan cuma bagaimana ia diuruskan & ditadbir, disamping ia tertakluk dibawah selian & kawalan Jawatankuasa Syariah supaya ia beroperasi berlandaskan syariah Islam.)
AMATLAH DIALU-ALUKAN kepada para pembaca yang ingin berkongsi pengetahuan ataupun membincangkan perkara yang diketengahkan, supaya menghantar komen anda. Setiap komen amatlah dihargai.

No comments: