Sunday, April 20, 2008

Pengalaman sulung bersama insuran

Mula-mula "diperkenalkan" dengan insuran pada tahun 2003. Siapa yang perkenalkan ? Biasa la, mesti "kawan lama" masa belajar di UUM (rasenye ade la bertegur sapa 2-3 kali bila berselisih) yang tiba-tiba call tanya khabar dan nak belanja minum, sambil nak berborak pasal kisah lama (tak tau la pulak, ade ke yg nak diceritakan?).

So, bila jumpa, "kawan lama" ni mula la bercerita pasal sejarah silam masa kat UUM (dan macam biasa demi nak menjaga hati dia saya pun buat-buat respond & gelak sikit-sikit). Perlahan-lahan dia start tukar topik ke insuran & keluarkan borang untuk saya sign. Dia pun bercerita la pasal kos-kos yang perlu ditanggung kalau bencana berlaku termasukle kalau kena penyakit, kalau kemalangan, kalau mati & kalau kena masuk hospital. Disamping tu, dia pun selitkan pasal "duit poket" yang saya boleh dapat dalam polisi yang saya akan ambil. Tapi rasenya ada la dlm 20% je paham pasal banyak sangat guna terma yg saya sendiri pun tak faham, tambahan lagi mase tu insuran ni macam alien, pelik skit.

Nak dipendekkan cerita, saya pun tanya la pasal berapa yang perlu dibayar (kalau term insurannya, orang panggil premium). Dia pun dengan tersengih menjawab, "Ko boleh buat pilihan, samada nak ambik pakej RM100, RM150, RM200 ataupun RM250 sebulan. Kalau yang murah boleh la cover ala kadar, tapi kalau ko ambik yang paling mahal, semua cover". Belum sempat nak pikir habis, dia dah kasi pen suruh sign kat tempat yang dia tanda. Disebabkan psikologi yang kuat drpd dia & memikirkan pasal kawan punya hal, saya pun sign la & ambik pakej yang tengah-tengah (RM150 sebulan), maklumle kalau ambik pakej yg paling murah kang, cover ala kadar je. Tapi kalau nak ambik yg paling mahal, tak mampu pulak nak bayar kang, maklumle, masa tu kerja pun tak stabil. Settle je isi borang, dia pun hulur tangan nak salam & mintak nak berangkat pasal katanya ada appointment lain.

2 minggu lepas tu, bila terima je polisi melalui pos, dengan secara rasminya saya telah "DILINDUNGI". (eh, ye ke??)

Setiap bulan autodebit RM150 dari akaun bank. Kadang-kadang terpikir juga rasa macam rugi je tolak duit gaji tiap-tiap bulan, setakat ni tak pernah guna pun apa yang tertulis dalam polisi (tak paham pun, tapi at least tak pernah claim la..)...RM150 pulak tu....banyak yang bole buat dengan duit sebanyak tu...tapi takpe, at least bila ada orang tanya, "ko dah ade insuran ke?", dengan confident je jawab "ADA. (full stop)". Kadang-kadang ade rasa bangga jugak ade insuran ni, maklumle bukan semua orang ade. Lepas ni, setiap kali ada agen insuran yang nak approach, senang skit nak bagi reason, "SORRY YE, TAK BERMINAT. SAYA DAH ADA INSURAN". Belum sempat nak bukak mukadimah, dah kena potong. hehehehe...

No comments: